Di sini penulis ingin berkongsi gambar perlanggaran secara hadapan-hadapan antara Hyundai Getz dan Proton Saga lama. Kelajuan perlanggaran antara 90-100kmj. Pemandu Hyundai Getz adalah rakan penulis sendiri survive dengan calar-calar sedikit, kemungkinan dari hentakan dari beg udara sendiri. Pemandu Proton Saga lama mengalami kecederaan patah rusuk dan patah tulang paha. Pandulah dengan berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Semoga ia tidak berlaku kepada kita.
Sesi Menembak Bersama 9W2HCT dan 9W2FNS
Posted by
Muhamad 'MK' Kasan
2 comments Labels: getz, macam-macam
Jalan-jalan Balik Kampung
Posted by
Muhamad 'MK' Kasan
Pertamanya, penulis ingin memohon kemaafan dari pembaca yang mengikuti MKstreet kerana sudah lama tidak mengemaskini MKstreet ini. Penulis akan cuba dari masa ke semasa untuk mengemaskini laman MKstreet ini seperti yang diharapkan oleh pembaca. Penulis juga agak terharu kepada beberapa pembaca yang menghubungi penulis melalui emel untuk bertanyakan perkembangan MKstreet. Penulis ingin berterima kasih kepada semua pembaca yang singgah di MKstreet. Terima Kasih.

Pada hari Isnin cuti Tahun Baru Cina itu, penulis bersama kawan-kawan telah melakukan kunjungan ke Aeon Bandaraya Melaka yang baru dibuka pada 5 Februari 2010. Pasaraya Aeon ini adalah yang kedua di Melaka. Suasana di sini sangat padat, penulis mengalami kesukaran untuk mencari tempat letak kereta. Penulis telah mengambil masa agak lama untuk mencari ruang letak kereta yang kosong. Ramai pengunjung yang meletak kenderaan mereka di Tesco Melaka, dan di tepi-tepi jalan semata-mata untuk berkunjung ke Aeon bandaraya Melaka.


Kedai Donut J.Co yang menarik perhatian penulis. Untuk pengetahuan semua, penulis adalah peminat donut J.Co. (Nostalgia di Pavilion, Kuala Lumpur). Oleh kerana barisan beratur yang sangat panjang, penulis mengambil keputusan untuk tidak sama-sama beratur dan mencari alternatif lain untuk makan bersama kawan-kawan.3 comments Labels: macam-macam



















