Pertamanya, penulis ingin memohon kemaafan dari pembaca yang mengikuti MKstreet kerana sudah lama tidak mengemaskini MKstreet ini. Penulis akan cuba dari masa ke semasa untuk mengemaskini laman MKstreet ini seperti yang diharapkan oleh pembaca. Penulis juga agak terharu kepada beberapa pembaca yang menghubungi penulis melalui emel untuk bertanyakan perkembangan MKstreet. Penulis ingin berterima kasih kepada semua pembaca yang singgah di MKstreet. Terima Kasih.

Pada hari Isnin cuti Tahun Baru Cina itu, penulis bersama kawan-kawan telah melakukan kunjungan ke Aeon Bandaraya Melaka yang baru dibuka pada 5 Februari 2010. Pasaraya Aeon ini adalah yang kedua di Melaka. Suasana di sini sangat padat, penulis mengalami kesukaran untuk mencari tempat letak kereta. Penulis telah mengambil masa agak lama untuk mencari ruang letak kereta yang kosong. Ramai pengunjung yang meletak kenderaan mereka di Tesco Melaka, dan di tepi-tepi jalan semata-mata untuk berkunjung ke Aeon bandaraya Melaka.


Kedai Donut J.Co yang menarik perhatian penulis. Untuk pengetahuan semua, penulis adalah peminat donut J.Co. (Nostalgia di Pavilion, Kuala Lumpur). Oleh kerana barisan beratur yang sangat panjang, penulis mengambil keputusan untuk tidak sama-sama beratur dan mencari alternatif lain untuk makan bersama kawan-kawan.


3 comments:
pg jalan2 jusco time raya cina...
tragedis sungguh..
hehe
mat bile lagi nak muvi kat kl..
hikhikhik
eh, ni jusco yg meletup ari tu kan?
yup, yg meletup tu... tp org penuh gak...
Post a Comment