Selepas selesai makan tengah hari di salah sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Bangsar, tiba-tiba kawan penulis membuka cerita kononnya terdapat Appam atau apam yang terkenal di kawasan ini. Semasa berjalan kaki ke kereta, kami singgah untuk menapau dalam erti kata lain membungkus dan membawa pulang apam tersebut. Sweet Appam ini dijual dengan harga RM1.20 sekeping, dan kami memesan sebanyak 5 keping untuk dibawa pulang makan di pejabat. Berikut adalah liputan mengenai Sweet Appam yang menyelerakan dimakan begitu sahaja.

1 comments:
kat penang org panggil ni apom lenggang...
Post a Comment