27 April 2009

Jom Jalan-jalan: Seri Menanti

Pada 26hb April 2009, penulis (bersama teman) telah menerima kunjungan dari seorang sahabat yang beriya-iya hendak pergi melawat ke Sri Menanti. Sebelum penulis meneruskan cerita, berikut adalah sedikit sejarahnya dipetik dari teman-teman blog lain dan wikipedia.

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatra dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan.

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan.

Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang.

Pembentukan Negeri Sembilan seperti yang ada sekarang adalah berasal dari satu perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1885 diantara Gobernor Negeri-Negeri Selat bagi pihak Kerajaan Inggeris dengan Yamtuan Seri Menanti dan penghulu-penghulu luak kawasan ini, membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan. Satu lagi perjanjian telah dibuat pada tahun 1898 antara Yamtuan Seri Menanti, Tuanku Muhammad dengan Datuk-Datuk Undang Yang Empat kerana melantik baginda sebagai pemerintah bagi seluruh Negeri Sembilan dengan gelaran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Pada tahun itu jugalah Residen Inggeris yang pertama bagi Negeri Sembilan, E.W.Birch telah dilantik.

Walaupun pengaruh Inggeris telah mengujudkan masyarakat majmuk di negeri ini, dengan penduduk-penduduk berbagai kaum itu terpisah oleh sebab-sebab tempat kediaman, bahasa, adat-resam, dan cara kehidupan sosial hari-hari,namun selepas Malaysia (sebelum itu Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, keadaan ini sedikit demi sedikit berubah. Usaha-usaha ke arah membentuk perpaduan kaum dijalankan dan sekarang penduduk di Negeri Sembilan, seperti juga di negeri-negeri lain di Malaysia, adalah hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.Pemerintah bagi Negeri Sembilan dikenali sebagai Paduka Seri Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, dan baginda adalah dipilih dari kebulatan muafakat antara Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Paduka Seri Tuanku menjadi sebagai Ketua Ugama Islam dalam negeri ini, dan menjalankan tugasnya, baginda dinasihati oleh sebuah Majlis Hal Ehwal Ugama Islam. Dalam hal-hal berhubung dengan adat istiadat Melayu dan Agama Islam.Negeri Sembilan juga dibahagikan kepada 5 kawasan pentadbiran adat yang dikenali sebagai Luak. Masing-masing luak diketuai oleh seorang Datuk Undang yang bertaraf sebagai pemerintah bagi luaknya. Luak-luak tersebut ialah Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, dan Tampin, sementara Tanah Mengandung Seri Menanti adalah di bawah kekuasan Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Berdasarkan namanya Negeri Sembilan kita melihat kelainan atau keunikannya yang tersendiri. Ianya berasal dari istilah Minangkabau "nagari" yang bermaksud penempatan yang mengandungi beberapa buah "koto" mungkin bererti "kampung". Istilah "nagari" itu mungkin diubahsuai penggunaannya oleh orang setempat apabila meneroka ke sini, agar sesuai dengan keadaan negeri-negeri Melayu lain, ataupun disalah terjemahkan oleh penjajah barat apabila mereka sampai ke sini sejak tahun 1511. Jadi, nama Negeri Sembilan itu bermaksud gabungan sembilan buah penempatan atau nagari. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Perjalanan ke Seri Menanti mengambil masa lebih kurang 45 minit dari bandar Seremban melalui Ampangan-Paroi-Ulu Bendol dan akhirnya Seri Menanti. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil menggunakan Cybershot-K770i untuk santapan mata.

Pintu gerbang ke Seri Menanti

Jalan menuju ke Seri Menanti


Tiba di Istana Seri Menanti

Pemandangan keseluruhan istana Seri Menanti dari kawasan taman.

Pandangan dari tepi istana

Plak perasmian Istana Seri Menanti

Penerangan mengenai pembinaan Istana Seri Menanti.

Menandatangani buku pelawat Istana Seri Menanti.

Balairong Seri Istana

Pemandangan belakang istana, kelihatan padang golf.

Pemandangan taman di hadapan Istana dari tingkat atas.

Penulis sempat bergambar di ruang beranda tingkat dua Istana Seri Menanti

4 comments:

hanis said...

posting ko terlalu official la...

~ujicham~ said...

ha ha ha.. aku dah ready nak jawab paper sejarah ni. A1 A1 A1. Yay!

Galuh Cendra Kirana said...

Soklan pertame ni Uji...ko dengar betui2... di manakah misai Amat? kuikuikui... lelelellompaatttt

M.K is Tun Mamat said...

hanis,
just suka2 je wat mcm ni.. nampak cam best..

uji,
leh la ko repeat paper sejarah yang failed tu...

galuh,
misai aku masuk sejarah la.. hehe

Powered by Blogger.